Friday, 25 July 2014

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut.. 


Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan


(1) Ok. Fine!

Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


(2) Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

(3) Tak ada apa-apa

Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!

Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


(5) Keluhan kuat

Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

(6) Tak apa lah

Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih

Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)

Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

18 Perkara Penting Wanita Perlu Faham Tentang Lelaki

Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :
1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. 
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. 
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita. 
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama! 
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 
9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 
11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. 
13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. 
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan. 
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. 
16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. 
17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. 
18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.

Apa Lelaki Perlu Buat Kalau Hendak Meminang Si Wanita Idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ni ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh orang lelaki ketika henda meminang si wanita idaman.. ekeke, check it out~


1) Bagi tahu dahulu nak datang meminang

Korang kenalah bagitahu dahulu bila nak datang meminang si awek tu.. Jangan main pinang aje ikut suka hati korang. Ni bukan zaman dulu beb, zaman dulu lain, zaman sekarang lain. Bagitahu pukul berapa, haribulan bila.. Baru lah senang keluarga perempuan nak bersedia orang nak datang rumah.


2) Kenali dahulu orang yang korang nak pinang itu.

Ya, lu orang kena lah kenal dahulu siapa makwe tersebut. Kalau perkahwinan ni dah di arrange oleh mak ayah, maka lu orang berhak tahu beb. Tengok lah gambar dulu ke, tak pun search nama beliau kat pesbuk, manalah tahu beliau ada blog ke..


3) Bawak lah wakil untuk nyatakan hasrat meminang tu,

Ya, kalau boleh bawak lah mak ayah lu orang. Kalau mak ayah sudah meninggal, bawak lah pakcik makcik ke yang boleh jadi wakil. Kiranya nak tunjuk kesungguhan korang tu..

Jangan duk bawa rakan-rakan rempit pula ya..


4) Diam, Biar Orang Tua-Tua Saja Bercakap

Ya, lu orang sebagai anak jantan, kena lah hormat orang tua. Jangan duk menyampuk ye. Kalau nak menyampuk pun lu kena lah bagitahu slow-slow. Biar beradap orang kata..


Adab dan tatacara meminang/melamar dalam Islam:

1. Melihat calon/ wanita.
2. Tidak melamar wanita yang telah dilamar Lelaki lain (meskipun belum memberi jawaban).
3. Merahasiakan pelamarannya (tidak mengumumkan ke orang banyak)
4. Wanita yang dilamar terbebas dari segala mawani` (pencegah) dari sebuah pernikahan.

5. Wanita melamar laki-laki Secara syar’i tidak masalah.

Gambar Zizan Razak semasa zaman muda-muda Dahulu

Berikut berupakan gambar Zizan semasa zizan muda-muda dulu. Amacam hensem tak? Ke lawak muka zizan? hahaha ternyata gambar artis-artis dulu kebanyakkannya kelakar. Apa pun admin tetap respect dengan zizan kerana dianya asal dari kampung tetapi mampu menaikkan namanya hingga ke rantau asia. Memang gempak la zizan ni kan? Apapun jom kita tengok gambar zizan semasa muda di bawah ini :


Lukisan Dinding Yang Sangat REAL


Jeremy Geddes, seorang pelukis dari Melbourne, Australia merupakan pelukis yang genius dalam bidangnya. Beliau sebelum ini pernah jadi video games art director kini mula menceburi bidang seni lukisan. Lihat sahaja hasil karya beliau yang realistik dan badassss!



Hebat kan?? !